Jangan Jadikan Generasi Akan Datang Sebagai Generasi Manja

Ramai Ibubapa tidak bersetuju jika dilaksanakan hukuman rotan. Alasan mereka takut anak-anak mereka cedera dan timbul perasaan takut dan sekali gus membataskan niat untuk pergi ke sekolah.

Kalau Ibubapa merasakan dengan cara merotan itu salah, maka didikan mereka perlulah sempurna. Itu lebih berkesan dan pelajar tidak akan buat hal di sekolah. Kononnya mengambil berat , tapi sebenarnya anak dibiarkan kerana sibuk. Anak sendiri tidak mampu dikawal dan mengharapkan sekolah memberi tumpuan pula. Jumlah yang berada di sekolah ramai, sudah tentu guru akan mengalami kesukaran mendidik tanpa kawalan yang berbentuk peraturan serta disiplin.

Ada juga mencadangkan untuk Ibubapa dan guru saling berbincang untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan disiplin anak. Guru pula mengeluh kerana Ibubapa tidak memberi kerjasama penuh untuk hadir dengan alasan sibuk dengan kerja. Alasan sibuk lagi! Datang pun setahun sekali semasa PIBG.

Remaja sekarang semakin mengada-ngada. Manja tahap melampau. Kena marah sikit dah nak mengadu. Padehal salah tu datang pada diri sendiri. Mak bapak pulak layan sangat. Zaman sekarang ni, remaja dah makin berani...ada murid lepas kena marah dengan guru, mereka kumpul lawan-kawan dan pukul cikgu diluar kawasan sekolah. Calar kereta cikgu dan macam-macam lagi. Inikah yang kita mahukan? Nanti mereka akan membawa kepada budaya samseng pula bila dah habis bersekolah.

Merotan disekolah bukan diadakan tanpa kawalan. Ada proses tertentu dan berdasarkan kesalahan tertentu. Ada juga peringkat tertentu menjalankan hukuman diatas sesuatu kesalahan yang dilakukan. Ibubapa pula, ragu-ragu serta tak percaya pada sistem tersebut. Kalau tak percaya, susah la. Simpan je la anak kat rumah dan ajarlah anak sendiri.

Disiplin datang dari rumah. Ibubapa harus dipersalahkan?