Episod 3 : Kajian Ekologi Di Sekitar Tanjong Malim

Kajian mengenai budaya penanaman pokok bunga di kalangan merupakan tajuk bagi projek ekologi kami pada semester kali ini.Kajian mengenai budaya penanaman pokok bunga ini merupakan salah satu kajian yang amat baik terutamanya dalam mengenalpasti kenapa dan mengapa penduduk di sekitar Tanjong Malim menaman pokok bunga.Selain itu kajian yang dijalankan ini bukan hanya berdiri atas dasar untuk mengenalpasti tapi pada masa yang sama mengambil peluang untuk mengenali dengan lebih rapat penduduk sekitar Tanjong Malim, disamping mengukuhkan ukhwah diantara Mahasiswa Ibu Kandung Suluh Budiman bersama masyarakat setempat.

Pemilihan sampel kajian bagi projek ekologi kali ini melibatkan beberapa kampung sekitar Tanjong Malim seperti Kampung Berop, Kampung Ketoyong dan Kampung Simpang Empat.Tugasan untuk mengumpul data untuk projek kali ini digalas sepenuhnya oleh ahli kumpulan kami dan pengumpulan data bagi projek ini memakan masa selama 3 hari.Berbagai ragam-ragam penduduk setempat ditemui oleh kami sepanjang mengumpul maklumat mengenai projek ini.Tidak kurang juga dengan telatah penduduk kampong yang rata-rata mengalu-alukan kedatangan pihak kami untuk membuat sedikit perbincangan (interview) mengenai pokok-pokok bunga yang ditanam oleh mereka.Usaha dalam melakukan projek ini jelas member kesan positif terhadap kami mengenai kepentingan untuk mahasiswa menjalinkan hubungan yang baik diantara warga mahasiswa dan penduduk setempat.

Sejak dari hari pertama kami melakukan kajian projek ini, kami sendiri amat bersedia dan tidak sabar untuk melakukan kajian kali ini, tidak cukup dengan penyediaan soalan kami juga membuat sedikit refleksi mengenai projek kami sebelum memulakan kajian kami.Kerjasama yang baik dari semua ahli kumpulan ternyata memberikan impak yang baik dalam usaha kami melakukan kajian kali ini.Kampung yang mula-mula dipilih oleh kami dalam melakukan kajian ini merupakan kampong berop.Rata-rata penduduk di kampung ini adalah orang india, dan pada mulanya kami sedikit segan kerana merasakan mereka mungkin akan bersikap dingi terhadap kami namun tekaan kami meleset, ternyata pihak penduduk kampong berkenaan memberikan kerjasama yang baik terhadap kami untuk menjadi responden dalam kajian kami.
Walaupun berbeza dari segi kaum, ianya bukanlah satu penghalang bagi pihak kami dan juga pihak penduduk berkenaan untuk bersembang dan berkongsi-kongsi maklumat mengenai penanaman pokok bunga.Destinasi seterusnya yang menjadi pilihan kami adalah kampong ketoyong.Selama ini kami hanya mendengar cerita mengenai kampung ini melalui rakan-rakan sahaja tetapi hari ini kami berpeluang untuk bersama-sama penduduk di sana untuk menyempurnakan kajian kami.Seperti yang berlaku di kampong berop, penduduk di sini menyambut kehadiran kami dengan reaksi yang positif.Mereka semua memberikan kerjasama yang baik, meskipun baru kali pertama kita berjumpa.

Penanaman pokok bunga di sekitar halaman rumah cukup menarim hati kami.Berbagai-bagai jenis pokok bunga diperkenalkan kepada kami khususnya pokok-pokok bunga yang menjadi hiasan yang menarik di rumah-rumah mereka.Maklumat mengenai pokok bunga yang diberikan oleh mereka tidak tertumpu kepada pokok bunga semata-mata tetapi mereka juga turut memberikan tip-tip penanaman pokok bunga, baja, kegunaan dan juga perasaan mereka.Ada diantara penduduk kampong ini menjadikan amalan penanaman pokok bunga di rumah-rumah mereka sebagai salah satu senaman yang baik untuk mereka.Kehadiran kami ke kampong ketoyong juga merupakan satu langkah terbaik untuk mengukuhkan hubungan kami dengan penduduk kampong.Semasa kami berada di Kampong Ketoyong kami telah dijamu dengan makanan berikutan terdapat majlis kahwin di kampong berkenaan.

Dikesempatan itu juga kami turut mengambil peluang untuk mengadakan sedikit temuduga (interview) dengan responden daripada keluarga pengantin.Pengalaman ini merupakan pengalaman yang julung-julung kami kecapi disamping mengenali dengan lebih dekat warga komuniti sekitar Tanjong Malim.Destinasi kampung seterusnya yang menjadi pilihan kami adalah warga penduduk kampong simpang empat.Ketibaan kami ke kampong simpang empat memperlihatkan kami tentang kecantikan rumah-rumah yang dihiasi dengan pokok-pokok bunga hiasan.Keadaan persekitaran rumah-rumah yang terdapat di sekitar kampong ini tidak lekang dengan pelbagai jenis pokok bunga.Namun apa yang menariknya di kampong ini adalah populasi umur penduduk yang menanam pokok bunga.Ternyata bukan hanya golongan tua saja yang menanam pokok bunga tetapi golongan muda juga turut berminat untuk menanam pokok bunga tidak kira lelaki atau perempuan.

Ini jelas menunjukan bahawa, factor umur dan gender bukanlah penghalang bagi merealisasikan minat menanam pokok bunga.Namun apa yang menarik perhatian kami di kampong ini adalah pengetahuan dan minat mereka trhadap pokok bunga.Ternyata perjalanan kami ke kampong ini cukup mencabar berikutan cuaca yang tidak menentu, tetapi kerjasama yang diberikan penduduk kampong menguatkan semangat kami untuk melakukan kajian ini.Kajian yang kami lakukan kali ini memberikan impak yang positif terhadap diri kami terutamanya dalam melatih diri untuk menyesuaikan diri bersama komuniti setempat.Kami merasakan projek sebegini wajar menjadi satu projek wajib bagi semua mahasiswa untuk menyediakan platform kepada mereka untuk mendekati masyarakat setempat.

Berbagai jenis kajian boleh dilakukan terhadap masyarakat setempat yang selama ini kita hanya mendengar , cerita tetapi tidak berusaha mendekati mereka.Berbalik kepada kajian kami, kajian mengenai penanaman pokok bunga di sekitar Tanjong malim memberikan beberapa maklumat penting kepada kami yang kami rasa wajar untuk kami kongsi bersama seluruh mahasiswa upsi dan juga komuniti setempat, budaya penanaman pokok bunga bukan hanya sekadar minat, hobi ataupun senaman tapi sebenarnya ianya lebih dari itu.Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk merealisasikan projek ini, semoga segala input berguna yang kami dapat dapat dalam projek kali ini dapat dikongsi terhadap semua mahasiswa dan penduduk setempat.