PRK UPSI kurang Menyengat

Hari ini genap 4 hari bagi semua calon Pilihanraya Kampus Ibu Kandung Suluh Budiman berkempen untuk meraih sokongan segenap mahasiswa kampus.Rata-rata diantara calon ini merupakan mahasiswa yang penah terlibat aktif dengan semua program-program universiti.Dan hampir semua calon merupakan wakil bagi sesetengah kelompok.

Memang tidak dapat dinafikan corak medan PRK kali ini diwarnai dengan 2 kelompok yang berbeza, dimana kedua-dua kelompok ini mengunakan tagline Mahasiswa Pendidik dan juga pimpinan Bitara.Pelbagai kaedah dan saluran digunakan oleh kedua-dua pihak ini bagi meraih sokongan dan cuba menjadi pemudahcara dalam menyampaikan maklumat mengenai pilihanraya kampus dan isu-isu semasa PRK.Antara dua medan yang paling popular yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak adalah melalui pengunaan BLOG.

Blog dilihat dijadikan sebagai lidah rasmi bagi kedua-dua kelompok ini.Bagi golongan yang mengunakan tagline mahasiswa pendidik pada kali ini mengunakan UPSIKINI sebagai media mereka dan bagi golongan pimpinan bitara pula, mereka mengunakan SUARA UPSI sebagai saluran informasi mereka.

Isu pilihanraya kampus menjadi lebih hangat dengan berita-berita yang disampaikan oleh kedua-dua blog ini.Blog-blog ini cuba menampilkan kredibiliti calon masing-masing bagi memperkuatkan kepercayaan mahasiswa terhadap kelompok mereka.

Mohd Zulhusni Bin Zulkipli
Pemerhati Bebas
Politik Kampus UPSI