Subscribe Us

header ads

Patriotik Antara Elemen Transformasi Dalam Kurikulum Pendidikan Tahun 2011

Buat pengetahuan semua mahasiswa terutamanya bakal-bakal pendidik, pada tahun 2011 satu transformasi kurikulum akan berlaku bagi corak penekanan pengajaran di sekolah rendah.Perrubahan ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.Ini merupakan langkah bijak kerajaan dalam menyemai semangat cintakan negara di kalangan generasi baru warga Malaysia.Dengan wujudnya perancangan sebegini, saya melihat tidak mustahi suatu hari nanti paradigma perpaduan negara pasti dapat dipupuk dengan lebih berkesan sekiranya beberapa tindakan susulan diambil.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.KSSR yang dilaksanakan kali ini ada seiring dengan kurikulum yang digunapakai sebelum ini iaitu KBSR.

Justeru, diharap perancangan yang menarik ini dapat dilaksanakan secepat mungkin agar kita dapat melahirkan modal insan yang terbaik terutamanya dalam memupuk dan membina semangat patriotisme dan nasionalisme dalam jiwa masyarakat Malaysia.Oleh itu, marilah kita warga mahasiswa yang intelektual untuk membantu kerajaan dalam usaha menaikkan nama Malaysia sebagai negara yang teguh perpaduannya.

Saya Sayang Malaysia


MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
YANG DIPERTUA
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS