Gelombang Kuning Bukan Idea Yang Menarik

Saya tertarik pada satu penulisan dalam blog UPSIKINI yang mengisahkan bahawa pihak Pro-Mahasiswa UPSI ataupun lebih dikenali sebagai Pro Kebajikan akan melancarkan Gelombang Kuning, dimana mahasiswa yang menyokong mereka digalakkan memakai baju bewarna kuning pada hari khamis.Cadangan ini secara luarannya dilihat satu usaha yang berkesan bagi menarik sokongan mahasiswa kepada mereka.Namun secara intrinsiknya, perkara ini sebenarnya akan melemahkan kekuatan mereka sekiranya tiada sokongan daripada warga mahasiswa pada hari tersebut.

Konklusinya amat mudah untuk dilihat, memang pengunaan warna bagi setiap gerakan Pro mahasiswa merupakan trend yang telah diambil mereka untuk mewujudkan provokasi dan perang saraf pada pihak-pihak tertentu.Tetapi secara analisisnya, ingin saya persoalkan sejauh mana keberkesanan perkara ini.Suka saya mengambil contoh, pemilihan warna ungu bagi gerakan Gabungan Mahasiswa UKM (GM-UKM) merupakan satu tindakan yang amat menarik, tetapi sejauh mana mahasiswa mengambil berat dan menyokong perkara ini.Rata-rata mahasiswa hanya memandang remeh perkara ini.Justeru, dengan wujudnya isu ini, ianya akan lebih jelas menunjukkan kelemahan sesuatu pihak.Saya dapat simpulkan perkara ini Ibarat membuka pekung di dada.

Sebagai salah seorang mahasiswa UPSI, saya menyeru kepada semua mahasiswa supaya berfikir secara rasional dan lebih mendalam dalam semua perkara.Usah mengikut dan mempercayai apa yang diperkatakan tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Mahasiswa merupakan golongan belia intelek dan merupakan aset terpenting negara.Justeru marilah kita bermuhasabah dan berdoa agar kita semua sentiasa diredhai Allah dalam semua perkara yang kita lakukan.Percayalah, setiap masalah pasti ada penyelesaian.Semoga segalanya dipermudahkan.InsyaAllah.


Mohd Zulhusni Bin Zulkipli
Mahasiswa Sains (Biologi)
Fakulti Sains Teknologi
Universiti pendidikan SUltan IDris