Revolusi Baru dalam Transformasi Diri

Setelah sekian lama berdiam diri dalam dunia blog, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pandangan terhadap apa yang berlaku di sekitar saya,Sebagai seorang mahasiswa,saya akur dengan segala yang telah diamanahkan terutama dalam memberi idea-idea dan pandangan baru dalam membantu diri sendiri untuk terus kehadapan.

Sahabat-sahabat di sekitar saya sentiasa menyokong dalam setiap perkara yang saya lakukan.Ini bermakna kepercayaan yang telah diberikan tidak akan saya sia-siakan.Namun terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya kesal terutam dengan sikap segelintir blogger yang menjadikan blog sebagai salah satu senjata untuk menjatuhkan orang lain.Hal ini menbuatkan saya terus mengutuk orang yang pengecut seperti ini yang hanya mampu berbicara dengan mengunakan blog tapi bachul untuk bersemuka.

Sekiranya perkara seperti ini berterusan, ianya akan memberikan implikasi yang buruk terutama dalam sudut keharmonian dan ketelusan diantara manusia.Justeru hadirku dalam dunia blog kali ini bagi menyampaikan pandangan saya tersendiri.saya adalah diri ak, dan segala yang saya buat adalah daripada pendirian dan pemikiran saya,Saya xkesah mana-mana pihak yang ingin mengkritik mahupun memfitnah tapi apa yang saya tahu apa yang ak lakukan hari ini adalah daripada pemikiran saya sendiri.