Sebaik sahaja pulang dari Kolokium SRN, sy terus berkemas untuk mengikuti Baktisiswa Mahasiswa Pengerak Intelek (MAPIN) yang diadakan di 3 Kampung iaitu Kampung Beng, Kampung Batu Ring & juga Kampung Durau (11 Dis - 15 Dis 2009).Baktisiswa yang dikenali sebagai MAPIN ini merupakan acara rasmi tahunan yang wajib diaadakan setiap tahun.Ketika sy berada dalam JMK pada sesi yang lepas Baktisiswa Mapin ini diadakan di Kuala Sepetang, Taiping, Perak.
Berbalik kepada Baktisiswa MAPIN yang diadakan di Lenggong, ianya merupakan program kemasyarakatan yang amat berguna khususnya buat semua mahasiswa/i yang akan bergelar pendidik akan datang.Baktiswa ini mempamerkan corak pengurusan kerja setiap mahasiswa di samping mendekatkan diri mahasiswa bersama komuniti setempat.Namun saya tertarik dengan kata-kata salah seorang exco negeri Perak yang merasmikan program tersebut.Beliau yang juga merupakan bekas pendidik menasihatkan semua pendidik agar berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa.Anak bangsa dilihat sebagai satu modal insan yang amat bernilai, dan wujudnya guru di samping mereka akan menambahkan lagi motivasi dan pengetahuan mereka.
Baktiswa yang diadakan di ketiga-tiga kampung ini mempunyai keunikan sendiri.Setiap kampung yang dipilih mempunyai daya tarikan yang mampu untuk mengamit pengunjung yang bertandang ke sini.Jalan perhubungan bagi ketiga-tiga kampung disini 100% mengunakan jalan air.Seluruh kawasan sekitar kampung ini dikelilingi oleh air tasik Lenggong.Namun sempat saya bertanya kepada penduduk kampung disini mengenai kedudukan dan asal usul setiap kampung.
Namun ternyata ramai anak-anak muda melupakan sejarah bagi setiap kampung.Tetapi apabila mendapat penjelasan dari salah seorang pak cik menceritakan bahawa sebenarnya tempat yang dipenuhi air sekarang, dahulunya adalah sebuah kampung yang menarik.Namun persoalan tersebut terhenti disebabkan beliau tidak pasti mengenai perkara ini.Berdasarkan daripada struktur tasik yang terbentuk, saya pasti mungkin ada benar kata pak cik sebentar tadi..struktur tasik tersebut memang menarik dan menunjukkan tanda-tanda bahawa tempat tersebut seperti wujud sebuah perkampungan.
Perkara yang begitu menghairankan saya ketika berada di sana adalah aliran air tasik yang bergerak seperti sebuah sungai,walhal ianya sebuah tasik.Perkara yang bermain di kepala saya sekarang adalah dimanakan permulaan tasik ini dan dimana pengakhirannya.Apakah misteri yang sebenar yang bermain di kawasan lenggong ini.Semua persoalan ini bermain di fikiran saya walaupun sudah pulang.Namun satu perkara yang saya pegang.Setiap tempat mempunyai sejarah tersendiri dan pada setiap sejarah wujud keunikkan tersendiri dan terpulang kepada individu sendiri untuk memikirkannya.
MOHD ZULHUSNI ZULKIPLI
Peserta Program
Baktisiswa Mahasiswa Pengerak Intelek