

Banyak orang bercakap tentang sistem pendidikan di Malaysia. Samada di pejabat atau kedai makan walhal di kaki lima pun ada yang bercakap tentang sistem pendidikan di Malaysia. Tapi apa sebenarnya yang di bualkan, benarkah individu-individu tersebut paham dengan apa yang dibualkan. Terlalu banyak isu yang boleh di bincang dan di debatkan jika ianya berkaitan sistem pendidikan. Tapi cuba kita fokuskan kepada satu skop, Pembelajaran & Pengajaran Sains Matematik dalam Inggeris (PPSMI) ataupun English in Teaching Mathematics and Science ( ETEMS). Mungkin banyak pendapat andai dibincangkan isu ini.
Tanpa sedari sudah 6 tahun sistem pendidikan Sains dan Matematik di Malaysia berubah, perubahan bahasa perantaraan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar lepasan SPM tahun lepas dan pelajar-pelajar UPSR tahun ini adalah penanda aras terhadap keputusan kerajaan dalam pelaksanaan sistem ini. Mereka dilihat sebagai penanda aras kerana lepasan SPM tersebut adalah kumpulan pertama yang mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dari Tingkatan Satu dan pelajar UPSR tahun ini mempelajari dari Darjah Satu. Selepas keputusan SPM tahun lepas diumumkan terlalu banyak bantahan di kemukakan oleh pelbagai pertububuhan pendidikan supaya kerajaan mengambil langkah berundur dari keputusan yang di buat.
Ini berlaku kerana kualiti keputusan peperiksaan mereka amat mendukacitakan. Mungkin ada yang menyatakan kenyataan ini salah, namun sedar lah bahawa graf SPM boleh diubah supaya banyak bilangan pelajar yang mendapat keputusan A. Nilailah kualiti bukannya kuantiti, andai ramai yang dapat gred A bukan merujuk kepada kecemerlangan. Ujilah lepasan SPM lepas, anda akan lihat betapa lemahnya mereka dalam Sains dan Matematik, kerana kurang faham dalam pembelajaran. Kenapa kerajaan menjadikan masa depan pelajar sebagai eksperimen samada PPSMI mampu di laksanakan atau tidak. Terlalu kolotkah jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran?. Terdapat beberapa sebab kenapa perlunya kerajaan mengubah kembali sistem pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Malaysia semula.
Tapi setiap apa yang dirancang oleh kerajaan pastinya mempunyai impak yang baik kepada rakyat Malaysia.Apa yang kita perlu akui,x mudah untuk merancang tp mudah untuk mengkritik.Jadilah mahasiswa dan rakyat yang berhemah kerana kita merupakan tongak masa depan dan bakal pemimpin pd masa akan datang.