UPSR adakah pengukur terbaik Kecemerlangan Pelajar?


Sejak dari alam persekolahan hinggalah ke alam Universiti, kita seringkali dihadapkan dengan berbagai-bagai jenis ujian atau peperiksaan..Namun pernahkah kita sedar, kadang kita sendiri menjadi hamba kepada peperiksaan ini..Semasa di peringkat sekolah rendah kita dinilai melalui ujian-ujian bulanan seterusnya kita dinilai secara rasmi di dalam Ujian Pecapaian Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai UPSR.Pelajar semasa di peringkat sekolah rendah ini bertungkus lumus berusaha demi mencipta kejayaan bagi melayakkan mereka meneruskan di Sekolah Berasrama Penuh di bawah kementerian ataupun di MRSM.

TAPI pernahkah kita terfikir mengenai taraf sosial dan petempatan pelajar itu sendiri.Adakah wujud perbezaan dari segi pencapaian pelajar di sekolah luar bandar dengan pelajar di sekolah bandar..Bagaimana pula dengan tenaga pengajar di sekolah tersebut?..Kemudahan infrastruktur??sistem pembangunan sekolah???pengurusan sekolah..hal-hal seperti ini selalunya menjadi buah soalan dalam usaha menbina generasi yang akan dating.Berdasarkan perkara2 yang dinyatakan diatas, adakah ini yg dijadikan kayu pengukur atau criteria untuk menentukan pelajar cemerlang untuk dihantar ke SBP..Jika dilihat pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) jelas sekali dinyatakan bahawa kita mahu melahirkan modal insane yang gemilang, modal insane yang sanggup menberi sumbangan kepada Negara.Sekiranya perkara ini dipandang remeh,mungkin kita akan mengalami sedikit kemerosotan sumber modal insane terutamanya di kawasan luar bandar.Berbalik kepada UPSR td,kita melihat pencapaian pelajar hanya melalui satu peperiksaan sahaja.Hal ini sepatutnya tidak patut berlaku kerana ini akan menyebabkn isu ketidakadilan peluang pelajar kerana terlalu bergantung kepada satu peperiksaan sahaja.Dalam perkara ini system yang dicadangkan oleh pemikir2 akademik adalah dengan cara melakukan penilaian secara berterusuan kerana system ini dapat menbantu terutamanya dalam mencari bakat-bakat pelajar yang bukan hanya berpaksikan kepada system peperiksaan sahaja.