Student tak hormat Guru ke @ Guru Yang tak Hormat Student

Zaman saya sekolah dulu, mak saya akan cakap kat cikgu "Cikgu....saya serahkan anak saya pada Cikgu...buatlah apa-apa yang patut...rotanlah dia jika perlu". Begitulah besarnya kepercayaan Ibubapa kepada guru satu masa dahulu.

Guru dipandang tinggi kerana pendidikan sangat penting. Kerjanya mulia kerana mendidik anak bangsa. Kalau buat cikgu marah...tak berkatlah apa yang dipelajari. Peranan Ibubapa tak jauh bezanya dengan guru. Melawan guru ibarat melawan Ibubapa.

Tapi sekarang dah jadi lain pulak. Cikgu seakan-akan menjadi mangsa pulak. Tak boleh disentuh langsung. Tak pasal-pasal kena saman pulak nanti. "Human Rights" kan?

Budak sekolah sekarang lain sangat dari dulu. Perasaan hormat hampir tiada. Teringat cerita ketika saya menjemput anak saudara saya dari sekolah. Kebetulan anak jiran abang saya juga ada disitu. Saya pun mengajaknya naik bersama kerana ya la kan sebelah rumah saja kan.

Punyalah terperanjat, bila masuk...tanpa terima kasih terus memberi arahan kepada saya untuk menghantarnya ke rumah pakciknya kerana Ibunya tiada di rumah. Makkkk aiii...ada rupa drebar ke aku ni??? Ikutkan hati...rasa macam nak halau je keluar kereta.

Mana agaknya rasa hormat kanak-kanak sekarang pada orang yang lebih tua dari mereka?

Flash back kejap. Kalau dulu saya dalam situasi yang sama, saya akan menolak kerana rasa segan. "Takpe lah makcik...terima kasih, saya jalan kaki saja...dah biasa". Kalau makcik tu insist, barulah naik. Lepas dihantar, terus salam dan ucapkan terima kasih. Sampai rumah, saya akan beritahu ngn mak. Pastu mak akan follow up...dengan berjumpa jirannya itu untuk mengucapkan terima kasih.

Dalam hal ini, mak bapak juga bersalah. Kerana tidak mengajar anak mereka semua benda-benda ini. Terlalu berlembut dan mengikut kehendak anak kesayangan mereka. Lebih teruk, dorang pun sama tak hormat jiran. Dah tau, kita jemput anak dia....apa lah salahnya ucapkan terima kasih walaupun anak mereka tak berbuat demikian.