
Media adalah medium utama bagi rakyat mendapatkan informasi. Namun, Media arus Perdana dikatakan adalah agen kerajaan dan atas alasan itu, pembangkang memilih media internet untuk menyampaikan agenda politik mereka.
Masalahnya media yang manakah yang telus, berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak?
Ada beberapa pihak yang berminat untuk berdebat dan ada yang tak berminat. Salah satu alasan untuk tidak berdebat ialah kredibiliti medium pengantara yang berkemungkinan berat sebelah dan mungkin merugikan bagi mereka. Alasan lain ialah keraguan rakyat untuk melihat pemimpin berdebat. Ragu-ragu? Lihat sajalah cara pemimpin membahaskan sesuatu isu di Parlimen. Kita akan ketawa.
Pemimpin Malaysia dikatakan masih tidak bersedia untuk berdebat. Mereka akan emosi, lari dari tajuk, banyak tuduhan dari fakta dan merepek.
Berbalik semula kepada apa yang kita belajar disekolah. Dari situ kita tahu rakyat mahukan perdebatan yang fokus, tidak lari dari tajuk , ada fakta [bukan tuding menuding, salah menyalah yang akhirnya mengelirukan].
Pemimpin Malaysia dikatakan masih tidak bersedia untuk berdebat. Mereka akan emosi, lari dari tajuk, banyak tuduhan dari fakta dan merepek
Sekiranya debat menjadi realiti, rakyat seharusnya bijak menilai debat tersebut.
Janganlah kita cepat termakan kata-kata dalam perbahasan, dengan alasan A berbahas lebih daripada B, so saya akan undi A. Ianya tidak semudah itu. Pandai berkata-kata sahaja tidak cukup. Sebab ada kemungkinan “Cakap tak serupa bikin” akan berlaku. Rakyat harus menolak sekeras-kerasnya hujah yang lari dari tajuk dan yang berunsur tuduhan tanpa bukti.
Pemimpin haruslah membuat persediaan rapi. Janganlah pula nanti, rakyat menjadikan debat sebagai satu bentuk hiburan pula. Al maklum, realiti program dah bersepah kat tv sekarang ni, jangan ditambah pula satu lagi.