
“Baik buruknya pengaruh internet” adalah antara satu dari banyak lagi tajuk yang pernah diketengahkan. Kita diajar untuk membuat penilaian, mencari fakta, rujukan, serta kajian berdasarkan tajuk yang diberikan.
Itu dalam bentuk penulisan. Untuk berbahas pula, kita diajar untuk menyampaikan sesuatu tajuk dengan kepetahan kita berkata-kata, gaya bahasa yang menarik dan intonasi yang baik bagi menarik mereka yang mendengarnya. Sudah tentu, ianya juga memerlukan persediaan penulisan sebelum ianya didebatkan.
Dalam pertandingan perbahasan, kemenangan ditentukan berdasarkan kriteria-kriteria di atas
Di Amerika Syarikat, jaguh pengamal demokrasi dunia ini [self proclaimed] mengamalkan perdebatan antara calon-calon Presiden sebelum menjelangnya pilihanraya. Ianya dipercayai sebagai satu budaya demokrasi yang sihat dimana pengundi akan lebih yakin dengan pilihan mereka berdasarkan debat tersebut.
Di Malaysia, cara yang sama telah diperlihatkan. Pemerhati politik juga beranggapan ianya satu budaya yang sihat. Kita dah lihat debat antara DSAI dan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek sebelum ini. Ianya mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia dimana berjuta rakyat telah menontonnya.